Jumaat, 29 Januari 2010

MuFFin


sample doorgift tuk majlis perkawinan atau lain2

muffin pandan

muffin choclate rice, choclate chip n almond


MakaN TiMe....

JaLaN-JaLaN CaRi MaKaN... asyik terperuk kat rumah jek mengadap DAPUR, OVEN nn Pling penting PC, ajak hubby makan kat luar. So pergilah kat JusCo TeBrAu. Pusing-pusing kat sana cari restoran semuanya kosong macam x menarik langsung. Tapi kat satu tempat ni penuh giler tu yang buat tertanya-tanya sedap ke?? sanggup beratur jap untuk dapat meja. Yang kat gambar tu saya order mee seafood tom yam, memang sedap n harga yang berpatutan, taklah mahal sangat. eeh lupa plak nak bagitahu nama tempat yea.. RESTORAN SIZZLING STONE..




Isnin, 25 Januari 2010

Tiramisu


For sale rm5 / cup



Tiramisu ni buat saje-saje jek coz ade orang teringin nak rasa so saya wat dulu tuk rasa dulu, sbnarnye sendiri dah x tahan nak makan tu yang buat. Buat lebih sikit kasi kat org rasa, tup-tup trus ade org order minggu depan tuk bawak kat ofis. So nti saya upload gambar baru je lah ye nanti...

Ahad, 24 Januari 2010

Cheese Tart





Minggu cheese tart, contoh order customer yg saya buat minggu ini. Alhamdullilah respon yang baik dari orang yang penah menempahnye, tima kasih pada sifu saya, kak siti dari Taman Harmoni 2

Brownise





Order by jiran sepupu kat taman mutiara rini..

Berkabung di Johor




Assalammualaikum semua.. pada hari jumaat lepas kita diberitakan dgn kemangkatan DYMM Sultan Johor dan pada keesokannye rakyat diperintahkan berkabung selama 7 hari di seluruh negeri johor. Dan pada keesokan harinya iaitu pada hari sabtu saya dan rakan telah menjalankan aktiviti survey untuk shopping centre building di sekitar Johor Bahru, di Plaza Kotaraya, yang aktiviti perniagaan ditutup selama sehari bagi menghormati kemangkatan sultan johor..
Seperti gambar diatas kami mengambil angin di lobby Kotaraya iaitu di restoran Singgah Selalu yang kelihatan lenggang sama sekali, sementara aktiviti survey kami dijalankan pada pukul 5.30 petang.
survey yang dijalankan adalah meperkatakan tentang shopping centre yang terdapat di sekitar Johor Bahru yang sama sekali tidak memuaskankan hati warga Johor, hanya terdapat beberapa shopping centre yang menjadi kegemaran pengunjung itupun boleh dikira dgn jari. Jadi kami meluahkan pendapat menambahkan fasiliti,kemudahan utk sekeluarga beriadah, bukan sekadar shopping centre tapi turut menyediakan taman tema didalam bangunan , tempat rekiasi, bowling , cinema, swimming pool tau ape sahaja yang boleh dijalankan aktiviti sekeluarga seperti yang terdapat sekitar Kuala Lumpur.
Aktiviti ini dijalankan bagi mendengar pendapat warga Johor untuk pemaju menjalankan
pembinaan Shopping Complex baru ditapak komtar lama...diharap pendapat ini teruskan dengan pembinaan yang dapat dikongsi warga tempatan...Insyaalah..

Sabtu, 23 Januari 2010

SULTAN JOHOR MANGKAT....



ALMARHUM SULTAN ISKANDAR IBNI ALMARHUM SULTAN ISMAIL
1932 - 2010


UCAPAN TAKZIAH UNTUK KAUM KERABAT DI-RAJA JOHORE SERTA RAKYAT NEGERI JOHORE ATAS KEMANGKATAN SULTAN JOHORE, DYMM SULTAN ISKANDAR IBNI ALMARHUM SULTAN ISMAIL. MOGA ALLAH SWT MENGAMPON KAN DOSA2 DAN ROHNYA DICUCURI RAHMAT.....AL-FATIHAH...

Sabtu, 16 Januari 2010

My CuPcAkE



BaHuLu GuLuNg N KeK BuAh

Bahulu gulung ada org order sebanyak 150 batang, ni sebahagian jer dpt snap separuh lg dh packing bru ingat nak ambik gambar. N kek buah sebanyak 20 buku nk antar kat angsana dan 30 buku tuk pasar larkin .


BaHuLu CeRmAi

Ni gambar stock bahulu baru buat tuk dihantar pd customer

Jumaat, 8 Januari 2010

HApPy BiRhTdAy 4 ThIs MoNtH- JaNuArY


click for more

KeK GuLa HaNgUs AkA KeK SaRaNg SeMuT..

Hai... ari ni saya buat kek sarang semut tuk adjust bahgian mane yg tak cantik sebelum ni. Nak jadikan citer teringat masa dulu2 buat kek ni, jenuh jugak lah nak jadi~ tak bersaranglah tengah dialahh ( x berlubang tengah dia ) ~ kat tengah2 loyang tengelam dan mcm2 lagi lah problem. Tapi bila dh jadi, teramatlahh senang buatnye.. sesuai dibuat minum petang, kenduri-kendara tuk jamu sedara mara. Dan resepi asal pn saya kena adjust coz terlalu manis sangat dan terlebih tepung, biasalah bila ambik resepi kat orang, kadang2 terlebih dan terkurang. Saya pn dah tak ingat kat siapa yang bagi resepi ni, dah lama sangat...texture kek ni pn very moist n rasa manis2 buah n x muak bila dimakan****

~bila bersarang dalam kek ni dari atas hingga ke bawah baru jadi namanye... bukan bahagian tengah sahaja tu memang tak jadi lahhh..~



~ni gambar contoh adunan yang belum dibakar~

Khamis, 7 Januari 2010

MeNu HaRi InI...

as'salammualaikum... ari ni menu saya spagetti bolognese, dh lama nak masak tp asyik lupa jerk nak beli barang ini pn sebab ade kawan nk datang jenuh pike nk masak ape baru ingat tuan rumah nak makan spegetti, patut nye ikut selera tetamu .. asal bole je..tapi apepun tetamu saya makan sampai tambah 3 kali, tu yg penting maknanye..eeee parasan jgak saya, takpelah asal dia makan licin saya dah puas ati..
Kalau nak tahu ini resepi gubahan ibunda saya yang teramatlah simple masak dia, senang cite main campak jer, tapi hasilnye tak terkata sedapnye... waalahhh marvelousss..

Isnin, 4 Januari 2010

Kursus buat kek di Institut Hospitaliti YPJ

Pada 2/01/2010 ditahun baru sy mengikuti kursus kek di ypj, saja meluangkan masa tuk mengasah karat yg dh berkerak kat kepala sb sy pernah mengikuti kursus membuat kek kahwin sekitar 10 thun lpas, disebabkn x mnat nak menghias kek sy perap jek ilmu tu skrg baru nk asah blik. Klau kek yg x berhias tu sy rjin plak yg main campak2 jer..suasana sekitar tempat kursus yg selesa dan menyeronokan semasa sesi blajar membuat kek mcm kat rumah plak rasanyer..Pada ari tersebut yg tolong snap pic skitar kat tmpt kursus ialah En Asmadi Bin Hj Alias yg merupakan pengarah di Institut Hospitaliti YPJ, apepun sy ucapkan terima kasih byk2 sb tolong snapkan picture pd ari tersebut. Ape kata kita layan gambar yg ada kat sni...




Kek partner (Mai) kat YPJ



Ni gambar hasil kerja tangan mai... kita layan gambar ni...